Tahun ni duduk raya dengan family je, tak balik kampung pun macam selalu.. Nak merasa beraya dengan family sendiri tahun ni.. Raya kali ni takde la semeriah mana pun.. Biasa-biasa je.. Raya pun still pakai baju raya tahun lepas, malas nak beli baju raya.. Mood pun tak berapa nak ok.. Semuanya biasa-biasa sahaja.. Kuih raya? Ada buat 4 jenis kuih sendiri.. Buat sorang-sorang pulak tue.. Tapi kali ni buat banyak-banyak sebab tiap-tiap tahun memang kuih yang 4 jenis tue habis dulu..
Walau tak semeriah mana, tapi tetap best bila dapat duit raya dari family dan saudara mara.. Sangat seronok.. Dapat jugak lah dalam RM100 lebih... Ingatkan bila dah dewasa tak dapat dah, tengok-tengok dapat jugak seperti selalu.. Alhamdulillah! Rezeki tue.. Yang paling-paling best bila my mum and dad hadiahkan rantai leher yang superb chomel kat puteri-puterinya yang dah dewasa.. Dulu masa remaja dapat hadiah rantai tangan, sekarang dah dewasa dapat rantai leher.. Terus pakai dan tak nak bukak-bukak.. Sayang gila! =)
Raya pertama dan kedua bermaafan dan raya kat rumah je.. Duduk rumah diam-diam, jiran-jiran datang beraya.. Raya ketiga my cousin datang dan ktorang pergi mandi air terjun dan naik ke fraser hill.. Sangat seronok ok! Rumah saya berdekatan dengan genting highland and fraser hill.. Harap maklum! heeee~~ Sebab tue saya selalu lepak sana dan tak heran pun dengan tempat-tempat cam tue... Seronok tangkap gambar kat sana.. Banyak pemandangan yang cantik.. Esoknya pulak barbeque time! sedara ramai yang datang,makin seronok..
Raya ke empat dan kelima spend time dengan member-member pulak.. Seronok habis! Tak hingat nak balik la.. Pergi sana, makan.. Pergi sini, makan.. Lama-lama makin gemok! Adehhh~~ Seronok rasanya bila dapat jumpa diorang.. Family pun dah kenal sangat dengan member-member saya dan seronok melayan.. Si din jadi driver hantar anak-anak dara pinggitan balik.. family dia pun sporting.. My dad pun tak kisah bila dia jemput dan hantar saya balik..
Kejap betul masa berlalu kan? Esok dah hari ahad.. Isnin dah start kelas.. Adoiii~~ Kan best kalau cuti sebulan.. Esok beraya rumah saudara mara pulak.. Sesi mengumpul duit raya lagi! Heeee~~ XD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan