CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 14 Januari 2012

Nasihat dari seorang ayah kepada anaknya...

Entah kenapa malam ni my dad call hanya untuk memberikan anaknya nasihat dan kata-kata dorongan.. Malam ni tiba-tiba je sebak bila cakap dengan my dad.. Terlalu banyak nasihat yang diberi.. Selalunya my dad cuma akan berikan nasihat jika ada diantara kami adik beradik melakukan kesalahan atau aktiviti keramaian antara kami sekeluarga..  Entah lah,mungkin disebabkan my dad pergi kursus dan tinggalkan kami adik beradik.. Tapi kali ni dekat je, kenapa ye my dad tiba-tiba macam tue?

Sebelum ni my dad pernah je pergi outstation jauh sampai ke jepun tiga minggu lagi.. Tapi kali ni benar-benar pelik.. Nasihat yang diberi cukup bermakna sehingga mengalir air mata saya mendengarnya.. Sangat-sangat terkejut dan sebak.. Saya banyak cakap "ya" je.. Untuk menyembunyikan suara yang makin hilang dan air mata yang laju mengalir..


My dad selalu nasihat.. Katanya dalam keluarga kita perlu saling "Give and take" atau "Memberi dan menerima"  Contoh yang my dad berikan : Saya berkelakuan baik dia beri ganjaran laptop untuk saya.. Adik-adik berkelakuan baik dia berikan ganjaran handfon.. Jadi dalam keluarga,kena saling sama-sama memberi dan menerima.. My dad juga cakap,mungkin kadang-kadang dia ada marah anak-anaknya.. Tapi mungkin dia akan balas sesuatu untuk tebus salah dia.. Contohnya, my dad akan bawak anak-anak bercuti...

Baru kini saya faham apa itu maksud saling "Give and take" yang my dad selalu bagitahu.. Dia juga cakap yang dia sayangkan anak-anaknya.. Kakak iaitu saya dan adik-adik yang lain.. Entah kenapa Entri kali ni saya taip diiringi dengan linangan  air mata.. Air mata yang mengalir tanpa dipaksa dan ianya hadir dari hati..

Begitu banyak pengorbanan my dad untuk saya dan adik-adik.. Tak mungkin saya dapat senaraikan segala-galanya.. Takkan mungkin akan tertulis segala-galanya.. Mungkin saya tak sepandai adik-adik saya yang lain tapi saya selalu cuba untuk menjaga hati ayah saya sebaik mungkin.. Mungkin juga segalanya pengorbanan my dad tak mungkin dapat balas.. Tapi saya akan cuba buat my dad gembira.. Insyaallah...


Terima kasih kerana selalu ada dengan saya dalam susah mahu pun senang.. Selalu memberi walaupun kurang menerima apa-apa daripada saya.. Saya sayang ayah saya sangat-sangat.. =(







Saya sayang ayah sangat2... =)

Tiada ulasan: