CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 30 Disember 2011

Pernah tengok cerita 1 liters of tears?

Saya sangat suka cerita tue.. Cerita yang mampu untuk membuatkan saya menangis teresak-esak.. Cerita tentang seorang gadis yang telah didiagnosis dengan penyakit yang dipanggil "Kemerosotan Spinocerebellar" ketika dia berusia 15 tahun, dan mampu untuk meneruskan hidupnya sehingga kematiannya pada usia 25 tahun.

Plot ini berdasarkan kisah benar seorang gadis Jepun bernama Kito Aya yang mempunyai penyakit yang sama. Beliau terus menulis dalam diarinya untuk mengingati pengalamannya sehingga dia tidak lagi boleh memegang pen. Aya hanya mahu hidup sehingga akhir hidupnya, dan tujuan menulis dalam buku harian adalah untuk mengingatkan dirinya supaya tidak berputus asa. Beliau menitiskan air mata banyak kali, pada masa yang sama yang merangkumi oleh cinta yang kaya dan sokongan dari keluarga, kawan-kawan dan teman lelaki. Diarinya "1 Liter of Tears" telah diterbitkan selepas kematiannya, kerana mesej inspirasi dan berani.


Mungkin ramai yang cakap cerita ini biasa-biasa sahaja, tapi bagi orang macam saya, yang pernah dikejutkan dengan berita penyakit skoliosis mungkin membuatkan saya menghargai setiap saat-saat hidup dan nafas yang saya ada... Selepas saya menonton cerita 1 liters of tears ni lah saya mendapat kekuatan untuk teruskan pembedahan saya.. Kekuatan yang luar biasa.. Mungkin tak ramai yang akan faham bukan? Insan-insan yang selalu ada disisi saya dan tahu kisah hidup saya sahaja yang mungkin akan faham..


Saya ada seorang kawan yang ada sakit ni.. Bila saya pandang dia je, tiba-tiba rasa sebak dalam dada ni.. Entahlah.. Mungkin saya dapat rasakan setiap derita yang dilalui dan dugaan yang akan mendatang dalam hari-harinya.. Saya sangat sensitif dalam hal-hal sebegini.. Mungkin sebab saya juga pernah merasakan betapa sukarnya untuk berjuang untuk hidup.. Terpaksa menghadapi pelbagai derita hanya untuk mendapatkan hari-hari yang lebih baik untuk masa depan.. Terpaksa juga untuk membuat satu keputusan yang mungkin akan memusnahkan diri sendiri dan mungkin juga membahagiakan orang lain...




Saya pernah menangis setiap hari hanya kerana memikirkan tentang hidup.. Dimana saya perlu memilih untuk  teruskan perjuangan untuk hidup atau membiarkan diri saya kesakitan sehingga akhir nafas saya.. Saya pernah terfikir untuk tidak membuat pembedahan tulang belakang dan biarkan diri saya sakit sampai akhir hayat saya.. Tetapi bila saya lihat family saya, saya renung satu persatu wajah insan yang saya sayang saya terfikir betapa kejamnya saya untuk membuat mereka bersedih dengan keadaan hari-hari saya yang mendatang.. Kalau ikutkan siapa yang mahu dibedah? Siapa yang mampu tanggung derita kesakitan selepas pembedahan besar? Siapa yang mahukan kehidupan yang tersekat dengan macam-macam perkara yang tidak mampu untuk dilakukan? 


Di bibir sentiasa tersenyum untuk menutup sebuah derita.. Saya tidak mahu dianggap lemah.. Entahlah.. Mungkin ini satu dugaan dan cabaran yang saya perlu lalui untuk kehidupan yang mendatang.. Cuma sokongan dari orang yang tersayang mampu membuatkan hari-hari saya bahagia dan ceria.. Terima kasih kepada semua yang menyayangi saya,memahami saya dan sentiasa menyokong saya dari belakang.. Semoga nasib kamu tidak seperti saya..




1 Liters of tears





Tiada ulasan: