CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kisah kami,kisah yang sama..

Hari ni saya sangat rajin untuk mencari maklumat tentang scoliosis untuk dikongsikan bersama.. Cari punya cari,terjumpa blog pesakit scoliosis yang dah melakukan operation sebanyak 2 kali.. Sangat kasihan membaca kisahnya yang hidup bersama scoliosis dari kecil sampailah sekarang.. Dari dia boleh berjalan, sampai terpaksa berkerusi roda,kerana lumpuh seketika.. Cerita hidupnya mengigatkan saya kembali tentang saat-saat dimana saya perlu melakukan pembedahan dan saat-saat mengharungi hari-hari selepas pembedahan..


Saya juga punya kisah yang sama dengannya.. Kisah dimana perlu menanggung kesakitan selepas pembedahan.. Perlu duduk dikerusi roda untuk seketika.. Perlu melakukan segala aktiviti dengan adanya seseorang untuk membantu.. Hinggakan untuk ke toilet pun kena ada orang teman.. Makan perlu bersuap.. mandi perlu dimandikan.. Syampu rambut pun my mum yang buat.. Semua kena ada bantuan.. Nak harapkan kudrat sendiri,tak mampu kot..


Lebih kasihan,bila nak pergi hospital untuk check up.. Terpaksa pakai braces yang berat tue.. Sangat merimaskan dan panas.. Terpaksa cover guna sweater.. Tue pun still nampak lagi.. Lagi tension bila orang ramai pandang kita macam kita ni pelik jew.. yelah jalan pun kena slow-slow.. Jalan pun nak kena pimpin.. bila teringat balik,boleh meleleh air mata ni..

Masa tue,perasaan pun jadi sensitif.. Jangan la nak paksa-paksa sangat buat itu ini yang saya tak suka,saya dengan mudahnya menjadi marah dan mudah mengalirkan air mata.. Lagi-lagi la perkara yang membuatkan rasa sakit.. Kalaulah saya diminta menjalani pembedahan kali ke 2 seperti insan itu, mungkin saya akan menolak.. Tak sanggup rasanya nak berhadapan dengan kesakitan dan kepayahan itu lagi..


Saya nak tunjukkan besi-besi yang terpaksa dikeluarkan balik oleh Dr. disebabkan ada jangkitan kuman pada tulang belakangnya.. Banyakkan??







2 ulasan:

syawanie berkata...

iza boleh saye thu,,sape pnye blog 2?? nk bc gak pasal dy

Iza_izaty berkata...

Ala yunk.. lupa la link die...