CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Isnin, 5 September 2011

Raya 2011

Hye semua!! lama tak update blog... Sibuk dengan persiapan raya, balik kampung, kumpul duit raya dan bla bla bla... Raya tahun ni cuma balik ke kampung rembau dan pahang.. Tue pun kejap jew... Raya ke-2 dah balik sini balik... Seronok sangat dapat beraya dikampung.. Tapi ada sedikit rasa kekosongan.. Kekosongan disebabkan arwah atok,nenek,moyang dan mak sedara yang telah pergi mendahului kami.. Sebagai tanda ingatan,kami menziarahi pusara arwah-arwah.. Semoga mereka tenang disana.. AMIN...




Raya tahun ni kurang berjalan seperti tahun-tahun yang lalu.. Banyak mengabiskan masa duuk dirumah.. Kawan-kawan ada juga yang datang.. Tapi tak semeriah tahun-tahun lalu.. Masing-masing sibuk dengan study.. Al-maklumlah cuti pun seminggu jew.. Saya jew yang cuti panjang.. Tapi itu pun bersebab.. Sayakan baru lepas operation,so DR. yang bagi cuti sakit.. Pergi ke rumah sedara mara masing-masing sibuk bertanyakan khabar saya.. Mereka juga terkejut tengok saya yang sangat sihat.. Seperti bukan lepas dari pembedahan besar.. Saya sendiri pun gembira bila kesihatan saya semakin pulih dan dapat beraya seperti orang lain.. Cuma bila ter'OVER' sikit my mom akan tegur... Ingat,saya tak boleh lasak-lasak... Baik bos! haha.. Tapi serius saya sangat jeles bila tengok orang lain main kejar-kejar dan berlari-lari.. Bestnyer~~~




Masa kat rembau my cousin ajak main kejar-kejar dengan ayam belanda yg besar tue.. Saya dah cuak! kalau ayam belanda tue kejar saya la... Mampu ke saya nak lari? haha.. Penyudahnya saya cuma mampu tengok dari jauh jew.. Takut kena kejar... Tahun ni semua makanan yang saya teringin nak makan semuanya dapat.. Best sangat.. Habis la badan saya naik balik... Ingat hari tue pas operation nak teruskan dengan badan yang kurus.. Tapi tiap kali jumpa dengan raya memang niat tue ketepi dengan serta merta.. Tak tahan tengok makanan yang sedap-sedap.. Ni la padahnya... Kalau duduk dengan family lama-lama confirm badan naik... Takpelah.. Nanti masuk kolej,diet balik ok...





 Bergambar dengan adik dan sepupu kat kampung..... =)

Selasa, 23 Ogos 2011

Shopping-shopping raya.. *wink*



Semalam my mum and my lil sis ajak pergi shopping barang-barang untuk buat kuih dan keperluan dapur.. Dalam hati,nak pergi.. Tapi rasa malas.. Bila fikir balik duduk rumah sorang-sorang, so ikut jelah... Amik itu, amik ini.. Nasib dorang yang bayar.. Penat round satu pasaraya tue..


Lama-lama pergi kedai baju yang ada dekat situ.. Ushar-ushar baju raya.. Baju kurung saya dah ada 2 pasang.. S0,ingat tak nak tambah lagi.. Cuma nak tambahkan koleksi baju-baju t-shirt jew.. Beli 2 helai baju kali ni.. Beli cardigan hitam dan kemeja petak-petak...


Dah lama dok ushar-ushar baju kat kedai ni.. Cantik.. Untuk penggemar baju-baju bergaya memang sesuai sangat lah duduk kat kedai tue ushar lama-lama.. Harga? Memang berpatutan... Saya dah jadi ketagih nak masuk kedai ni tiap kali lalu.. My mum cuma mampu geleng kepala tengok anak dara dia ni tiap kali lalu,mesti nak habiskan duit kat baju.. Alamak... Pokai la saya nanti~~


Dalam kepala ni pulak tengah fikir nak beli seluar jeans sehelai untuk raya ni nanti... Tengah dok fikir-fikir nak beli kat mana nanti... Nasib baik my dad dah bank in duit untuk shopping raya.. Thanks my dad! sayang kam0o sangat-sangat taw... Dapat la tambah-tambah untuk beli baju lagi.. Cuma kasut je yang saya belum beli lagi nih.. Kasut beli time tahun lepas baru pakai 2-3 kali... Pastu simpan je dalam kotak..


Ahad, 21 Ogos 2011

OMG!! Seyes muka dowg sama.. Bia betul...

Okeyh mesti korang tertanya-tanya kan sapa yang muka sama nie? Sape? Sape? Baru-baru ni saya ada add kawan yang saya kenal masa belajar memandu hari tue.. Saya tak tahu kenapa masa saya pertama kali tengok dia, dada saya berdegup kencang.. Betul.. Tak tipu.. Dan sekarang baru saya perasan dan tahu kenapa saya berdebar-debar masa jumpa dia untuk pertama kalinya...


Rupa-rupanya muka EX-bf saya dan muka mamat ni sama.. Betul... Nanti saya masukkan gambar untuk buktikan kata-kata saya tiada yang benar melainkan ianya benar.. hahaha..


Ni je gambar yg boleh nampak muka diorang sama.. My EX dia dah hide sume gambar die.. Tak nak bagi saya tengok, takot kantoi.. Nasib baik ada simpan kat fon.. Tengok rambut diorang.. Hidung.. Mata.. Dan tinggi pun sama.. Dua-dua tinggi KILLER.. haha.. Cuma bezanya my EX cerah cikit.. Yg mamat ni gelap sikit..


Ni gambar my EX-BF..                                                                        Ni pulak gambar mamat tue..