CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengikut

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Happy Birthday tickers

Sabtu, 6 Ogos 2011

Atas permintaan..

                Dulu tujuan tulis blog ni coz nak luahkan perasaan,tukar-tukar cerita dengan kawan-kawan cerita tentang aktiviti harian.. Tujuan asal memang macam tue.. Tetapi atas permintaan,saya mula mencoretkan juga tentang sakit yang saya hadapi.. Yelah,takkan lah saya nak ulang banyak-banyak kali tentang pengalaman dan cerita tentang SCOLIOSIS ni.. Penat kot..


               Jika ada yang bertanya tentang pengalaman dan nak tahu dengan detail sakit SCOLIOSIS ni saya akan suruh diorang bukak je blog saya untuk baca sendiri pengalaman yang telah saya coretkan disini.. Kalau sorang dua mampu lagi untuk bercerita tentang pengalaman operation dan sebagainya dari A-Z.. Tapi kalau hari-hari orang mnta untuk berkongsikan pengalaman,pengsan la saya nak cerita.. hehe..


                My dad pun support untuk buat blog untuk share dengan pesakit lain yang keliru dan memerlukan nasihat untuk lakukan pembedahan.. Lagi pun ramai sangat yang asyik email tanya pasal SCOLIOSIS.. So,better saya share kt blog dan minta mereka baca sendiri.. hehe.. Jangan marah ye.. saya sendiri pun gembira dapat share dengan kawan-kawan yang mengalami nasib yang sama dengan saya.. sharing is caring right??

Khamis, 4 Ogos 2011

Cerita appoiment hari ni..

Hari ini first time appoiment pagi.. Selalu tu petang kul 2.. Tapi hari ni kul 9 pagi.. Nama je kul 9 pagi,tapi tunggu lama giler la... Kul 9 pagi daftar.. Kul 1 petang lebih baru nombor saya naik.. Sesi menunggu yang sangat lama.. Tapi nasib baik la tulang saya memahami saya dan berkelakuan baik.. Takde la sakit-sakit pinggang dan rasa macam nak baring je macam mula-mula operation dulu.. Bertahan lama untuk duduk dengan jayanya..


Masa menunggu yang sangat lama menyebabkan saya dan ayah menguap beberapa kali.. Then,disebabkan boring giler.. My dad pergi beli surat khabar.. Dah habis baca pun still tak sampai-sampai lagi giliran.. Sabar jelah kan..Tapi masa menunggu itu terbalas dengan berita gembira.. Saya suka! Saya suka!


Jumpa DR. je macam-macam nak tanya.. Dan persoalan-persoalan yang penuh tanda tanya kini sudah terjawab.. Saya dah tengok x-ray pas operation hari tue.. Pembedahan tue dah hampir ke 100% berjaya... Degree saya sekarang sangat sikit jew tinggal.. Dulu sebelum operation 51 degree.. Now.. cuma 5 degree jew.. Saya sangat gembira tengok x-ray tue.. Macam tak percaya jew.. Daripada tulang yang dulu bentuk S.. Kini dah lurus.. Terlalu gembira sampai nak nangis je rasa..


DR. check luka dan cakap saya punya luka okey.. Then saya mintak kat DR. tolong emailkan kat saya copy x-ray tue.. Tapi DR. kata die akan minta unit x-ray untuk wat copy untuk saya dalam CD secara percuma.. saya sangat-sangat gembira.. At lease saya ada bukti yang saya pernah menjalani pembedahan besar.. =)




Isnin, 1 Ogos 2011

Gambar struktur badan pesakit scoliosis..

Baru-baru ini ada yang email kat saya bertanyakan tentang bagaimana nak tahu dengan lebih cepat jika kita ada scoliosis.. Di sini saya tunjukkan beberapa gambar untuk kita kenal dan buat pemeriksaan awal walaupun dirumah.. Anda juga boleh lakukan pada anak-anak lelaki dan perempuan agar ianya dapat dikesan awal..



Gambar keadaan fizikal pesakit scoliosis




Keadaan tulang belakang pesakit scoliosis..
boleh nampak perbezaannya kan?




Cara mudah nak wat pemeriksaan..
rukuk dan minta sesiapa untuk tengok jika ada sebarang benjolan..




Boleh nampak bahu tak balance..
curve pada tulang belakang lari..
Tulang pinggul sebelah menaik..



Brace yang perlu dipakai oleh pesakit scoliosis jika darjah kebengkokan masih rendah..



Jalan terakhir jika sudah teruk.. Pembedahan memasukkan besi..